Program Latihan Profesional Eksekutif Halal

Program Latihan Profesional Eksekutif Halal

1. Modul dalam Program Latihan Profesional Eksekutif Halal (PHETP)

  • CO1: Rekod dan Pentadbiran Manual Halal
  • CO2: Jawatankuasa Halal Dalaman
  • CO3: Jaminan Kualiti Halal
  • CO4: Pentadbiran Proses Pensijilan Halal
  • CO5: Kemudahan Audit Dalaman Halal

2. Program Latihan Eksekutif Halal Profesional  ialah kursus intensif selama 9½ hari yang direka khas untuk melatih peserta menjadi Eksekutif Halal yang berkemahiran, berpengetahuan serta mematuhi piawaian Halal Malaysia.

✅ Kursus ini diiktiraf oleh JAKIM dan boleh dituntut melalui HRDC (Kursus Tuntutan HRD Corp).
📌 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: hrdcorp.gov.my/hrdcorp-claimable-courses

3. Siapa yang patut menyertai kursus ini?

Jika anda ingin mendapatkan pensijilan Halal oleh JAKIM, anda harus bermula dengan pelantikan Eksekutif Halal untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam memastikan perniagaan mematuhi prosedur dan proses halal. Kriteria Eksekutif Halal adalah seperti berikut:

  1. Muslim;
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Pekerja tetap dalam syarikat;
  4. Kelayakan akademik minimum Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelayakan atau pengalaman yang setaraf dengannya dalam pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan
  5. Memiliki Sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah Lembaga Profesional Halal JAKIM

Sekiranya pekerja yang dilantik tidak mempunyai Sijil Eksekutif Halal, pihak syarikat boleh menghantar pekerja tersebut untuk menyertai Program Latihan Profesional  Eksekutif Halal  dengan kami.

Pusat Latihan & Konsultansi KPMAIWP
training@kpbkl.edu.my

Malaysia adalah negara yang terkemuka dalam industri halal selama sembilan tahun berturut-turut dan mendapat tempat pertama dalam Indeks Ekonomi Islam Global. Nilai keseluruhan eksport halal pada 2022 ialah RM 59.46 bilion, mewakili 7.4% daripada KDNK negara. Diunjurkan bahawa Industri Makanan Halal Malaysia akan berkembang kepada AS$ 113.2 bilion (RM500.17 bilion). Ini akan dijangka akan menambah pertumbuhan sebanyak 8.1% kepada KDNK negara.

Kerajaan menjangkakan eksport industri halal global negara melepasi sasaran RM63.1 bilion menjelang 2025. Dengan pertumbuhan ini, ia dijangka mewujudkan 700,000 peluang pekerjaan dalam Industri Halal.

Bagi menyokong pertumbuhan ini, kita memerlukan modal insan yang lebih komprehensif dan tenaga kerja yang cekap diperlukan bagi memastikan rantaian bekalan halal dan integriti produk halal sentiasa terjamin.

Seiring dengan perkembangan ini, Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) telah mengambil langkah untuk menjadi salah sebuah Penyedia Latihan Halal (PLH) yang berdaftar di bawah Lembaga Profesional Halal (HPB), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2018. Melalui pengiktirafan ini, KPMAIWP menawarkan dua kursus yang menggunakan modul JAKIM:

  1. Eksekutif Halal;
  2. Juruaudit Dalaman Halal

Selain dua kursus ini, kami juga menawarkan kursus pendek lain dalam pengurusan industri Halal seperti Kecekapan Halal (Halal Competency), Kesedaran Halal (Halal Awareness), Prosedur Pensijilan Halal, dan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance System).

Halal bukan sekadar makanan dan minuman, pensijilan halal juga merangkumi pelbagai industri lain seperti:
✅    Farmaseutikal
✅    Produk pengguna
✅    Kosmetik & penjagaan diri
✅    Rumah sembelihan
✅    Logistik
✅    Peranti perubatan
✅    Dan semua perkhidmatan atau pemprosesan yang menyasarkan pengguna Muslim.

 

Terbuka kepada kakitangan awam dan swasta dari pelbagai industri.

Jadual Program PHETP

Sesi 1 (2025)
📅 19 – 30 April 2025

Sesi 2 (2025)
📅 4 – 15 Ogos 2025

Sesi 3 (2025)
📅 22 September – 3 Oktober 2025

Sesi 4 (2025)
📅 3 – 14 November 2025

Sesi 5 (2025)
📅 8 – 19 Disember 2025

Yuran Penyertaan

Orang Awam: RM2,900.00 setiap peserta
Alumni: RM1,900.00 setiap peserta

Yuran ini termasuk:
✅ Modul pembelajaran lengkap
✅ Sijil Eksekutif Halal daripada Lembaga Profesional Halal JAKIM
✅ Makanan dan minuman sepanjang tempoh latihan

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila hubungi kami melalui pautan berikut:

https://linktr.ee/halal_kpbkl

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.