Diploma Teknologi Maklumat (DITe)

Diploma Teknologi Maklumat (DITe)

 

No. Rujukan Program KPT/JPS[R/0611/4/0174]:MQA/FA9250(07/28)
Tahap Program Diploma/Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia
Bidang Program 0614 – Computer Use
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kaedah Pengajaran Konvensional
Mod Program Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran Kuliah, Tutorial dan Latihan Industri
Kredit Bergraduat 91 kredit
Tempoh Pengajian Sepenuh Masa : 2 ½ tahun (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek)

 

Benzura binti Baharom
benzura@kpmaiwp.edu.my

Diploma Teknologi Maklumat atau nama ringkasnya DITE adalah merupakan program di bawah Sekolah Perakaunan, Pengurusan dan Teknologi, Kolej Profesional MAIWP. Ambilan pertama adalah pada September 2018. Tujuan program DITE adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang teknologi maklumat, berdaya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia serta antarabangsa. Ianya sejajar dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 sebagai titik peralihan daripada era digital kepada era siber fizikal. Keadaan ini akan mencetuskan kepada wujudnya peluang pekerjaan secara remote atau hybrid di sebahagian industri pada masa kini.

Graduan DITE dilatih untuk memberi tumpuan kepada keperluan aplikasi, penggunaan dan konfigurasi organisasi dalam spektrum yang luas. Golongan Profesional Teknologi Maklumat mempunyai tumpuan khusus untuk memenuhi keperluan organisasi yang berkaitan dengan Teknologi Pengkomputeran. Mereka memikul tanggungjawab untuk memilih perkakasan dan perisian yang sesuai untuk organisasi, mengintegrasikannya dengan keperluan organisasi dan infrastrukturnya, dan memasang, menyesuaikan dan menyelenggara aplikasi tersebut untuk pengguna komputer dalam organisasi.

Hal yang demikian, graduan DITE dapat memenuhi pasaran kerja yang memerlukan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis. KPMAIWP sedang menuju ke arah institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu akan memastikan golongan pelajarnya tidak terpinggir dalam era siber fizikal ini.

Program ini akan melahirkan graduan yang:

  1. Mampu menggunakan pengetahuan, pemahaman, dan menganalisis isu dan keperluan majikan atau industri.
  2. Mampu memimpin dan bekerjasama dalam pasukan untuk menyelesaikan masalah rentas disiplin melalui komunikasi yang berkesan dan pemikiran kritis.
  3. Boleh meningkatkan pengetahuan mereka dan mampu mengikuti kemajuan infrastruktur ICT semasa untuk meneroka peluang baharu.
  4. Secara konsisten menegakkan nilai, etika, moral, adab, dan profesionalisme dalam menyediakan perkhidmatan.
  5. Boleh berfungsi dengan berkesan dalam merancang, melaksanakan, mengkonfigurasi dan menyelenggara infrastruktur pengkomputeran organisasi. Pelajar juga bersedia untuk berjaya dalam peranan yang melibatkan perancangan dan pengurusan infrastruktur teknologi.

i. Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran (termasuk Matematik atau mana-mana kelayakan yang setaraf); ATAU

ii. Lulus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan Gred C minimum Mata Gred (GP) 2.00 dalam sesuatu mata pelajaran dan kredit dalam Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setaraf dengan SPM); ATAU

iii. Lulus dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul dan kredit dalam Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setaraf dengan SPM); ATAU

iv. Memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan. (Calon tanpa Matematik boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian yang menyeluruh dan teliti untuk menentukan kecekapan mereka dalam Matematik yang setara dengan tahap SPM); ATAU

v. Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU

vi. Kelayakan lain yang relevan dan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. (Calon boleh diterima masuk jika kelayakan kemasukan mereka mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan Matematik di peringkat SPM. Mereka yang tidak lulus dalam Matematik di peringkat SPM atau setaraf boleh diterima tetapi dikehendaki mengambil dan lulus mata pelajaran Matematik pengukuhan. Mata pelajaran Matematik pengukuhan mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran tanpa syarat).

Nota:

● Calon yang lulus Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setara dengan SPM)
boleh diterima masuk jika kelayakan kemasukan mereka mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan Matematik di peringkat SPM.
● Calon yang lulus Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setara dengan SPM) dan tanpa mata pelajaran Matematik dalam kelayakan kemasukan mereka perlu mengambil dan lulus mata pelajaran Matematik pengukuhan yang setara dengan tahap SPM. Mata pelajaran Matematik pengukuhan mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran tanpa syarat
● Calon dengan kepujian dalam mata pelajaran berkaitan Pengkomputeran di peringkat SPM (atau setara dengan tahap SPM) boleh diberi pertimbangan keutamaan.

April

Julai

September

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM25,348.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM29,428.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM4,080.00

*tertakluk kepada pindaan semasa

 

 

Graduan program DITE boleh menceburi kerjaya sebagai :

  • Usahawan Teknologi Maklumat
  • Pengurus Syarikat
  • Pegawai Pemasaran
  • Pegawai Pembangunan Perniagaan
  • Pegawai Analisis Perniagaan Internet

Graduan Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan) boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam (IPTA) dan universiti swata (IPTS) yang menawarkan program yang berkaitan.

 

Panel Penilai Luar Program

Penilai Luar (Industri) :

 MUHAMMAD TARMIZI BIN SANUSI AFKAR

Muhammad Tarmizi ialah seorang pemimpin teknologi yang berwawasan dan jurutera perisian dengan pengalaman luas dalam pembangunan perisian, aplikasi mudah alih, dan penyelesaian berasaskan awan. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tarsoft Sdn Bhd, beliau telah berjaya mengembangkan syarikat tersebut menjadi sebuah rumah perisian dan pusat latihan yang terkemuka, sekaligus memperkasakan perniagaan dan pelajar dengan penyelesaian digital yang inovatif.

Dengan latar belakang kukuh dalam PHP Laravel Framework, REST Architecture, serta pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan Ionic dan Flutter, Tarmizi telah membuktikan kepakarannya melalui pengalaman bertahun-tahun dalam industri IT. Kerjayanya merangkumi pelbagai jawatan kepimpinan di syarikat teknologi seperti MedKad Sdn Bhd, NRA Technology, dan Actziebit Sdn Bhd, di mana beliau menerajui projek-projek daripada platform kesihatan hingga ke perisian dron dan sistem tempahan hotel.

Selain daripada kepakaran teknikal, Tarmizi turut memberi impak besar sebagai jurulatih dan pembimbing, dengan mengendalikan pelbagai kursus profesional dan bengkel untuk agensi kerajaan, universiti, dan syarikat korporat. Latihannya meliputi Laravel, pembangunan aplikasi mudah alih, dan integrasi awan, sekali gus membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja digital di Malaysia.

Pencapaiannya telah diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau dinamakan antara Tokoh Berjaya di Malaysia oleh Britishpedia, dipaparkan dalam The Sun Daily sebagai “The Problem Solver”, serta menerima pelbagai anugerah termasuk Diplomat Award (Gangsa) daripada Digi Telecommunications dan Anugerah Gelaran Al-Fateh daripada MANDATE.

Sebagai seorang inovator yang komited, Tarmizi terus menerajui projek seperti Passkad.MY, Lejar.MY, dan Clinical, yang menyediakan penyelesaian praktikal untuk PKS dan sektor kesihatan. Dengan semangat terhadap teknologi, kepimpinan, dan latihan, Tarmizi melambangkan seorang usahawan digital moden yang menghubungkan inovasi dengan impak.

 

Penilai Luar (Akademik) :

YUHANIS BINTI OMAR

Yuhanis binti Omar merupakan seorang ahli akademik dan profesional teknologi yang berdedikasi dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam pendidikan tinggi dan industri IT. Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT), di mana beliau turut mengetuai inisiatif penyelidikan serta membimbing pelajar dalam bidang kejuruteraan perisian, sains data, dan sistem maklumat. Komitmen beliau yang berterusan dalam pendidikan dan penyelidikan mencerminkan minat mendalamnya untuk melahirkan pemimpin teknologi masa hadapan.

Yuhanis memiliki Ijazah Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Beliau kini berada di peringkat akhir pengajian PhD di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kajian yang memfokuskan kepada realiti teradun (mixed reality) dan permainan serius (serious games) bagi pembelajaran kendiri. Hasil kerja inovatif beliau dalam bidang ini telah menerima pengiktirafan, termasuk Pingat Emas pada Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2020 di Terengganu.

Dengan 23 tahun pengalaman mengajar dan 28 tahun pengalaman bekerja, Yuhanis telah mengajar pelbagai kursus daripada kejuruteraan perisian dan pengaturcaraan hingga ke pengurusan pangkalan data, e-dagang, serta aplikasi mudah alih. Kepakarannya merangkumi bahasa pengaturcaraan seperti C, C++, Java, selain sistem pangkalan data dan teknologi GIS. Beliau juga telah menerbitkan banyak kertas kerja di persidangan dan jurnal antarabangsa, menyumbang kepada bidang pembelajaran digital, realiti terimbuh, dan sistem maklumat.

Selain mengajar, Yuhanis turut memegang pelbagai jawatan kepimpinan dan pentadbiran seperti Ketua Seksyen, Ketua Kluster, Penasihat Akademik, dan Pakar Bidang di UniKL. Beliau juga merupakan ahli kepada badan profesional seperti Malaysian Information Technology Society (MITS) dan Malaysian Board of Technologists.

Menerusi sumbangan luas dalam akademik, penyelidikan, dan kerjaya profesional, Yuhanis menonjol sebagai seorang pendidik, penyelidik, dan teknologis yang memberi inspirasi serta berdedikasi dalam memajukan pendidikan digital dan inovasi di Malaysia.

 

 

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.