No. Rujukan Program | MQA/FA5839 |
Tahap Kursus | Diploma / Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program | 345 – Management and Administration |
Bahasa Pengantar | Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris |
Kaedah Penawaran | Konvensional |
Skim Pengajian | Sepenuh masa |
Kaedah Pengendalian | Kuliah, Tutorial dan Latihan Industri |
Kredit Bergraduat | 91 Jam Kredit |
Tempoh Pengajian | 2 Tahun 6 Bulan (5 Semester Panjang & 2 Semester Pendek)) |
Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2016. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengurusan Industri Halal, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan industri halal selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri halal di Malaysia dan antrabangsa.
Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:
*tertakluk kepada pindaan semasa
Graduan Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) bekerja merangkumi:
Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) merangkumi :
Peluang Melanjutkan Pengajian :
Panel Penilai Luar Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)
Penilai Luar (Akademik)
Ts. Mohd Fadhli Ab Rahman – Pengarah, Halal Advisory and Research Institute Selangor (HARIS), Universiti Islam Selangor (UIS). Beliau memiliki Sarjana Sains (Sains Makanan) dan Ijazah Sains (Sains Makanan dan Pengurusan Perniagaan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV), Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Beliau berpengalaman luas dalam sektor industri halal sejak 2005 dan sektor Pendidikan Halal bermula tahun 2014 sebagai pensyarah Halal di salah satu IPT di Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Program Pengurusan Industri Halal, KUIS bermula 2017-2022. Beliau juga dilantik sebagai Penasihat Akademik di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia dalam pengajian Diploma Halal. Kini, beliau bergiat aktif dalam latihan dan konsultansi industri halal terutamanya dalam sektor halal dan keselamatan makanan.
Waktu Operasi
Waktu Rehat
Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Copyright ©kpmaiwp.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.